Sempadan: Polis fokus penyeludupan dadah, PATI

Sempadan: Polis fokus penyeludupan dadah, PATI

MUHAMAD Zaki Harun (kanan) selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama Agensi Penguat kuasa Sempadan di bilik Gerakan Markas Taktikal (Martak) PGA Lubok Stol, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Polis menjadikan aktiviti penyeludupan dadah dan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) sebagai fokus utama untuk dibanteras menerusi penugasan Op Taring Wawasan disempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sepanjang tahun 2024.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, penyeludupan seperti barang kawalan, kontraban dan lain-lain turut diberikan keutamaan.

“Kawasan ‘hot spot’ penyeludupan sentiasa berubah, namun sempadan tetap kekal.

“Sebab itulah kita (Polis) perlu bekerjasama dengan agensi penguat kuasa di sempadan dalam membendung aktiviti jenayah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bersama Agensi Penguat kuasa Sempadan di bilik Gerakan Markas Taktikal (Martak) di Lubok Stol di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, melalui kerjasama itu beliau yakin mampu memperoleh kejayaan lebih besar menerusi penugasan di sempadan.

“Di sempadan kita ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),”ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya