Sekolah diarah patuh garis panduan penyaluran Bantuan Awal Persekolahan

Sekolah jangan potong wang Bantuan Awal Persekolahan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan mengingatkan semua sekolah supaya mematuhi garis panduan berkaitan pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua sekolah diarah mematuhi garis panduan berkaitan pelaksanaan Bantuan Awal Persekolahan.Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, pihaknya menerima beberapa aduan mengenai penyaluran BAP kepada murid.

Justeru, KPM menegaskan, segala segala aduan yang diterima berkenaan inisiatif tersebut diambil sewajarnya.

“Penyaluran bantuan bernilai RM150 bagi setiap murid perlu diberi tanpa melakukan sebarang bentuk pemotongan.

“Inisiatif peruntukan BAP bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut KPM, penyaluran BAP dilakukan melalui sekolah secara kredit ke akaun murid atau secara tunai.

Jelasnya, sebarang pertanyaan atau aduan mengenai penyaluran BAP boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya