PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan modus operandi sindiket penipuan dengan menggodam aplikasi sosial Telegram dan Whatsapp sebelum menghubungi dan meminjam wang daripada ahli keluarga serta kenalan melalui senarai nama panggilan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya mendapati kebelakangan ini sindiket penipuan sering menggunakan kaedah tersebut dengan menggodam aplikasi sosial peribadi individu sehinggakan pemilik sebenar tidak dapat mengakses Telegram dan Whatsapp mereka. Katanya, scammer kemudian akan menghantar mesej dan meminta pinjaman wang dengan jumlah tertentu kepada ahli keluarga dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya