‘Saya sudah lama tidak ke Dubai’ - Dr. Mahathir

‘Saya sudah lama tidak ke Dubai’ – Dr. Mahathir

Dubai
TUDR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyifatkan langkah penubuhan kerajaan secara backdoor atau pintu belakang tidak dianggap derhaka, malah bukanlah satu pengkhianatan dan menyebabkan kerajaan tidak stabil sekiranya menguntungkan pihak tertentu.

Kata bekas Perdana Menteri itu, usaha kerajaan pintu belakang itu akan menjadi ‘halal dan suci’ asalkan pihak tertentu menjadi Perdana Menteri.

Tanpa menyebut secara spesifik nama tertentu, menurut Dr. Mahathir, seingat beliau usaha politik langkah-melangkah menerusi kerajaan pintu belakang atau merupakan kepakaran Perdana Menteri.

“Saya pasti ramai yang masih ingat langkah 16 September tahun 2008 untuk menubuh backdoor Government (pintu belakang). Selain itu, ada juga Langkah Kajang untuk naikkan isteri jadi MB (Menteri Besar) Selangor.

“Ada juga langkah yang bersandar kepada ‘I have the numbers’ (saya ada nombor-nombor) dan juga langkah ‘strong, formidable and convincing majority’ (kuat, menguatkan dan cukup majoriti). Semuanya adalah langkah-langkah untuk mengambil-alih kerajaan secara backdoor.

“Semasa langkah-langkah ini sedang diusahakan, ia tidaklah dianggap derhaka, satu pengkhianatan atau akan menyebab kerajaan tidak stabil, merosak ekonomi atau melanggar prinsip demokrasi,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini.

Sebelum ini Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kewujudan Langkah Dubai yang dilaksanakan pada akhir bulan lalu.

Beliau yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu malah mengakui maklumat berhubung rancangan tebuk atap tersebut diperolehnya menerusi sumber perisikan.

Walau bagaimanapun, komplot diusahakan di bandar terbesar Emiriah Arab Bersatu itu yang sepatutnya dicapai pada 1 Januari lalu dikatakan gagal apabila ditolak oleh tokoh tertentu.

Pendedahan beliau turut menafikan kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang mendakwa kononnya cerita itu sebagai rekaan bagi menutup kelemahan pihak kerajaan.

Menyentuh Langkah Dubai, Dr. Mahathir berkata, beliau sudah tidak lama ke Dubai meskipun desas-desus itu mengaitkan namanya.

“Beberapa hari kebelakangan ini agak heboh mengenai Langkah Dubai dan ada yang babitkan saya dalam usaha yang dikatakan untuk tubuh Kerajaan pintu belakang. Pertamanya saya sudah lama tidak ke Dubai,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya