PETALING JAYA: Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memakan kos RM700 juta untuk 700,000 penerima memerlukan penilaian kritikal tentang potensi kelemahan dan kesan jangka panjang supaya rakyat tidak terlalu bergantung kepada insentif tunai itu. Pakar-pakar ekonomi percaya, kebergantungan rakyat yang berlebihan terhadap SARA boleh ‘memerangkap’ penerima dalam kitaran kemiskinan, akibat kekurangan insentif untuk bekerja dan pelaburan dalam pembangunan kemahiran. Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, SARA juga mendorong isu ketidakcekapan menyaksikan individu yang tidak layak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya