Sanggup tinggal teman wanita, lari daripada ditangkap polis - Utusan Malaysia

Sanggup tinggal teman wanita, lari daripada ditangkap polis

LOKASI kejadian dua lelaki melarikan diri dari ditangkap polis selepas kereta yang dinaiki mereka terbas dalam kejadian di Kampung Relong, Penajis, Rembau semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang lelaki sanggup lari meninggalkan teman wanitanya selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dalam cubaan melarikan diri dari ditangkap polis dalam kejadian di Kampung Relong, Penajis, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pukul 12 tengah hari itu, semasa anggota unit kereta peronda (MPV) menjalankan rondaan di tepi jalan di hadapan Masjid Penajis, Kota.

Menurutnya, anggota MPV telah cuba menahan sebuah kenderaan jenis Proton Wira untuk pemeriksaan namun kenderaan tersebut terus memecut ke arah Kampung Relong Penajis lalu sampai di hujung jalan kampung.

“Bagaimanapun, mereka mendapati jalan tersebut merupakan jalan mati dan kenderaan tersebut telah membuat pusingan ‘U’. 

“Semasa itu anggota polis telah keluar untuk menahan Proton Wira tersebut untuk berhenti namun pemandu Proton Wira tersebut telah cuba merempuh anggota yang cuba menahan lalu terjatuh di atas jalan.

“Proton Wira itu kemudiannya telah terbabas masuk ke tebing sebelah kiri jalan. Pemandu serta dua lelaki telah keluar melarikan diri ke arah belukar namun seorang wanita berusia 31 tahun dipercayai teman wanita salah seorang suspek yang melarikan diri telah dapat ditangkap,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Hazri lagi, pemeriksaan lanjut mendapati cukai jalan dan insurans Proton Wira berkenaan telah tamat tempoh pada bulan 9 Februari 2022.

Menurutnya, wanita terbabit yang berasal dari Kuala Sungai Baru, Melaka telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau bagi siasatan lanjut.

“Dua lagi suspek yang masih bebas iaitu seorang berasal dari Port Dickson manakala seorang lagi dari Melaka, kini diburu polis,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ujar Hazri lagi, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengalami kecederaan luka kecil di bahagian kedua-dua siku ekoran kejadian itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya