RUU Penggal Tetap Parlimen untuk selamatkan `tengkuk’ Ahmad Zahid  - Isham  Jalil - Utusan Malaysia

RUU Penggal Tetap Parlimen untuk selamatkan `tengkuk’ Ahmad Zahid  – Isham  Jalil

ISHAM JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isham Jalil mendakwa cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Penggal Tetap Parlimen adalah  untuk kepentingan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan ahli-ahli politik lain dalam kerajaan dan bukannya untuk kepentingan rakyat. 

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, Ahmad Zahid mungkin takut jika kerajaan bertukar menyebabkan beliau hilang kuasa dan jawatan, malah kembali didakwa di mahkamah atas pertuduhan jenayah terhadapnya. 

“Saya lihat RUU seperti dicadang bukanlah untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan diri segelintir ahli-ahli politik dalam kerajaan termasuk Ahmad Zahid sendiri yang mungkin takut jika kerajaan bertukar mereka akan hilang kuasa dan jawatan dan mungkin akan kembali didakwa di mahkamah dan masuk penjara dalam masa terdekat.

“RUU yang digubal di Parlimen perlu dibuat untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk menyelamatkan tengkuk segelintir ahli-ahli politik dalam kerajaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, pembangkang percaya kerajaan boleh ‘tumbang’ atau bertukar selepas pilihan raya umum (PRU) meskipun satu RUU bagi penetapan penggal Parlimen digubal dan diluluskan di Parlimen. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pembangkang tidak terkesan dengan cadangan itu kerana berpegang kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan pertukaran kerajaan di luar kerangka pilihan raya. 

TERPERINCI

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Bharu itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenai pendekatan lain yang boleh diambil pembangkang menukar tampuk pimpinan kerajaan jika undang-undang itu sudah wujud. 

Baru-baru ini, Ahmad Zahid dilaporkan mencadangkan supaya mewujudkan satu RUU penetapan penggal Parlimen supaya pembentukan kerajaan kekal hingga akhir penggal atau sebelum pilihan raya umum. 

Beliau membuat cadangan itu dengan alasan untuk  menjamin kestabilan negara supaya kerajaan tidak diganggu oleh percaturan ahli-ahli politik demi kepentingan dan agenda masing-masing. 

Katanya, pengalaman pahit lalu menyaksikan negara berdepan ketidakstabilan politik ekoran pertukaran tiga Parlimen dalam satu penggal sehingga menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara. 

RUU parlimen berpenggal tetap adalah janji manifesto gabungan politik Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan salah satu pembaharuan diseru 33 pertubuhan sivil dan 52 individu dalam perutusan tahun baharu 2024 dimulakan oleh gerakan yang memperjuang reformasi institusi melalui Projek – Kestabilan dan Akauntabiliti Untuk Malaysia (Projek SAMA), pada Disember tahun lalu. 

Penetapan penggal Parlimen bermaksud tarikh pembubaran Parlimen ditetapkan undang-undang menyaksikan Dewan Rakyat tidak boleh dibubar sebelum tarikh ditetapkan undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya