Rugi lebih setengah juta terpedaya pelaburan tak wujud - Utusan Malaysia

Rugi lebih setengah juta terpedaya pelaburan tak wujud

ISMAIL DOLLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT – Seorang wanita mengalami kerugian lebih setengah juta kerana terpedaya dengan iklan  pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi laman sosial Facebook.

Mangsa yang berusia 54 tahun mula menyertai pelaburan itu pada Oktober tahun lalu dengan permulaan pelaburan berjumlah RM314,000 dalam tiga akaun bank berbeza secara berperingkat-peringkat.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa yang berurusan dengan seorang wanita dari China sebelum itu telah memberikan maklumat peribadi termasuk akaun bank miliknya untuk tujuan urusan pelaburan berkenaan. 

“Kira-kira dua bulan selepas membuat pelaburan, mangsa mendapati ada keuntungan berjumlah RM2,036,252.29, namun perlu membayar sebanyak RM240,000 untuk mengeluarkan duit tersebut. 

“Mangsa diberitahu bahawa wang keuntungan itu tidak boleh dikeluarkan sekiranya tidak membayar seperti diminta kerana keuntungan berkenaan terlibat dalam pengubahan wang haram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Nangsa telah membayar wang diminta oleh wanita berkenaan bagi tujuan mendapatkan keuntungan yang dinyatakan. 

“Walau bagaimanapun, sehingga waktu laporan dibuat di Balai Polis Parit Raja semalam, mangsa tidak menerima sebarang bayaran keuntungan selain wang deposit pelaburan serta cagaran dengan nilai keseluruhan sebanyak RM554,000 juga tidak dipulangkan semula. 

Justeru, Ismail menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya terhadap sebarang pelaburan yang memberikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat melalui aplikasi media sosial seperti ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya