Replika singa gergasi tarikan pelancong sempena Tahun Baru Cina di Kuantan - Utusan Malaysia

Replika singa gergasi tarikan pelancong sempena Tahun Baru Cina di Kuantan

SINGA gergasi terbesar di pusat membeli belah Berjaya Megamall di Kuantan, Pahang bakal menjadi daya tarikan baharu pengunjung sempena sambutan Tahun Baru Cina, 10 Februari ini. - FOTO/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Replika singa gergasi berketinggian 4.5 meter dengan kelebaran 2.3 meter menjadi tarikan baharu buat pengunjung ke daerah ini sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina, 10 Februari ini.

Ia merupakan replika terbesar negeri ini yang akan dipamerkan bermula hari ini sehingga perayaan Chap Goh Mei nanti bertempat di pusat membeli belah Berjaya Megamall, di sini.

Chong Siang berkata, singa gergasi terbabit diharap dapat menjadi salah satu mercu tanda bagi menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini.

“Ia merupakan tarikan baharu dan saya harap ia akan menjadi salah satu tempat untuk pelancong mengambil gambar.

“Singa gergasi ini diimport dari China dengan sebahagian peruntukan iaitu RM10,000 disumbangkan oleh pejabat Menteri Besar Pahang,” katanya selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail merasmikan Majlis Menitik Mata Tarian Singa di sini hari ini.

Difahamkan singa gergasi terbabit menelan kos kira-kira RM40,000 dan mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan di Guangzhou, China, sebelum dihantar ke Malaysia.

Dalam pada itu, Chong Siang berharap perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi disambut dengan penuh kegembiraan selain mengeratkan hubungan antara kaum di negeri ini.

“Bersempena tahun Naga (kalendar Cina) ini semua rakyat diharap dapat hidup lebih aman, jujur dan harmoni sekaligus meningkatkan ekonomi negara kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya