Reman lelaki rakam aksi lucah dengan 20 wanita disambung, kertas siasatan dilengkapkan - Utusan Malaysia

Reman lelaki rakam aksi lucah dengan 20 wanita disambung, kertas siasatan dilengkapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Reman tiga individu termasuk seorang lelaki yang ditahan kerana menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita menerusi media sosial disambung sehingga esok.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata, kertas siasatan itu akan dilengkapkan sebelum kes berkenaan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat.

“Ketiga-tiga suspek kini masih dalam tahanan reman sehingga esok dan siasatan sedang dilengkapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki tempatan menjalankan aktiviti menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial.

Dia yang berusia 31 tahun ditahan di Janda Baik, Pahang, pada 18 Januari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Dalam serbuan sama, polis menahan dua teman wanitanya berusia 23 dan 27 tahun di rumah itu yang turut didiami bapa lelaki terbabit.

Pengarah JSJ, Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, siasatan awal mendapati suspek yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai, memulakan aktiviti menjual ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial, pada awal tahun lalu.

Katanya, demi mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara merakam video ketika melakukan hubungan seks ganas dengan teman wanitanya sebelum menjual video aksi itu dalam tiga saluran di aplikasi Telegram, sejak Julai tahun lalu.

Susulan itu, suspek bersama dua teman wanitanya direman selama lima hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 292 kanun sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya