Remaja 13 tahun dirogol buruh

Remaja 13 tahun dirogol buruh

PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seorang remaja berusia 13 tahun dirogol buruh di kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, di sini semalam selepas membawa mangsa menyambut tahun baharu.

Dalam kejadian itu, mangsa kemudian telah ditinggalkan jalan berhampiran Balai Polis Banggol Judah, Machang sebelum ditemui oleh ahli keluarganya selepas suspek melakukan perbuatan terkutuk itu.

Bagaimanapun, suspek yang berusia 17 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari semasa berada di dalam sebuah bas di Bentong, Pahang selepas dipercayai cuba melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan kes itu kira-kira pukul 6.50 pagi tadi sebelum menjalankan siasatan untuk menahan suspek.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan keluar bersama suspek tanpa pengetahuan ibunya dengan menaiki sebuah motosikal dari Pantai Bukit Keluang, Besut di Terengganu menuju ke Pasir Puteh.

“Suspek membawa kanak-kanak itu bersiar-siar di sekitar kawasan Besut dan Pasir Puteh sempena menyambut tahun baharu.

“Lelaki itu kemudiannya membawa mangsa ke kawasan sawah padi di Kampung Bukit Abal, di sini sebelum bertindak merogol kanak-kanak tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, bertindak atas maklumat itu, pihak polis berjaya menahan suspek di dalam sebuah bas di Bentong hari ini.

Tambahnya, suspek akan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya