Rakyat Sarawak yakin Wan Junaidi mampu bawa lebih banyak kemajuan

Rakyat Sarawak yakin Wan Junaidi mampu bawa lebih banyak kemajuan

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pelantikan Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak yang baharu diharapkan membawa lebih kemajuan ke negeri ini.

Rata-rata orang ramai yang di sini melahrkan rasa bangga dengan pelantkan Wan Junaidi yang berpengalaman dalam pentadbiran negeri dan negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Alexandra Lorna Nohan, 33, berharap dengan pengalaman dalam pentadbiran yang ada pada Wan Junaidi kelak akan membawa lebih kemajuan kepada negeri di persada dunia. 

“Sebagai rakyat Sarawak,  kami berbangga dengan pelantikan Wan Junaidi yang sememangnya seorang pemimpin yang arif dan berpengalaman dalam pentadbiran negeri serta negara. 

“Justeru,, besar harapan saya untuk beliau bersama pemimpin negeri memajukan lagi Sarawak, membuka lebih banyak peluang ekonomi serta peluang pekerjaan yang akan membawa pendapatan lebih tinggi sekali gus memantapkan lagi infrastruktur dan fasiliti di Sarawak,” ujarnya. 

Pada masa sama, dia berharap beberapa hak negeri yang tertangguh perlu diberi perhatian segera antaranya autonomi kesihatan di mana Sarawak akan dapat menambah baik perihal kesihatan dalam negeri. 

Sementara itu, Natasha Jee, 32, juga berharap lantikan itu akan terus membawa Sarawak maju ke hadapan seiring harapan menstabilkan ekonomi negara. 

“Antara perkara yang kita (penduduk Sarawak) mahu lihat perubahan ialah ekonomi yang lebih kukuh dan stabil. 

“Begitu juga dengan hak autonomi yang sepatutnya diselesaikan kepada Sarawak iaitu autonomi kesihatan dan pendidikan perlu disegerakan oleh Wan Junaidi. 

“Apa yang penting bagi kita di Sarawak juga buat masa ini agar negeri ini terus mengekalkan keharmonian dan keamanan antara satu sama lain tanpa membezakan bangsa dan agama,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya