PATI yang pulang secara sukarela tidak didakwa

PATI yang pulang secara sukarela tidak didakwa

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan pengantaran pulang pendatang asing bermula 1 Mac ini  untuk memberi peluang kepada  warga asing kembali ke negara asal mereka hanya dengan membayar kompaun.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, menerusi program itu   Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mahu  pulang ke negara asal   mereka tidak akan didakwa di mahkamah.

Menurut beliau, PATI berkenaan hanya  akan dikenakan kompaun bagi kesalahan dan jumlah yang ditetapkan mengikut akta sedia ada.

“Seksyen 6(1)(c) Akta 155 menetapkan kesalahan memasuki Malaysia tanpa Pas  dikenakan kadar kompaun RM500.

“Manakala, Seksyen 15(1)(c) Akta 155 iaitu kesalahan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh Pas pula membabitkan kadar kompaun RM500,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Katanya, mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 pula, kesalahan melanggar syarat Pas akan dikenakan kadar kompaun RM300.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini turut bersetuju supaya pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing baharu sektor formal dilanjutkan.

“Ini kerana jumlah kuota yang diluluskan dan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang dilaksanakan mampu memenuhi keperluan pekerja asing.

“Pembekuan permohonan kuota bermula pada 18 Mac ini dan akan berterusan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya.

Jelasnya lagi, Jemaah Menteri juga memutuskan supaya Pusat Kelulusan Setempat pengurusan pekerja asing diwujudkan semula dan ditempatkan di KDN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya