Program pemukiman Kabinet cari ikhtiar lonjakkan ekonomi  negara - Utusan Malaysia

Program pemukiman Kabinet cari ikhtiar lonjakkan ekonomi  negara

Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli (dua kiri) melakukan gimik perasmian Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.-UTUSAN/ FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Program Pemukiman anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan antara lain bertujuan untuk  mencari ikhtiar baharu yang boleh melonjakkan kekuatan ekonomi dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program dua hari itu juga mahu meneliti jalan dan kaedah terbaik ingin dilakukan Kerajaan Perpaduan dalam  memperkukuhkan sejajar usaha menjadi sebuah negara maju.

“Ia maknanya lebih mahu lihat ke depan tentang program dan pelaksanaan tentang isu dan dasar untuk maju ke depan.

“Bagaimana langkah-langkah lebih spesifik, kita ada perkasaannya dari segi Pelan Peralihan Tenaga, transformasi digital dan pelaburan.

“Tapi kita mahu cari ikhtiar baharu yang boleh melonjakkan kekuatan ekonomi dan negara secara keseluruhan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran Program ‘Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Rakyat’ di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai Program Pemukiman anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang dijadual berlangsung esok.

Sementara itu, Anwar berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung usaha menoktahkan kemiskinan tegar membabitkan beberapa negeri termasuk Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan.

“(Itu) Untuk tahun 2023. Tapi tidak bermakna selesai untuk tahun ini.

“Tetapi saya masih dapat laporan terkini kalau ada sedikit tercicir di mana-mana negeri,” katanya.

Menoktahkan kemiskinan tegar adalah antara usaha kerajaan  apabila isu dihadapi dalam negara ini dapat ditangani dengan penglibatan semua kementerian dan agensi kerajaan.

Mengulas sumbangan kepada Palestin, Anwar berkata, Malaysia menyalurkan bantuan secara langsung kepada rakyat negara itu yang terkesan dengan serangan oleh Zionis Israel.

Katanya, perkara itu amat penting kepada warga Palestin yang menggunakan bantuan itu untuk membina dan memulihkan kediaman dan hospital.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya