Prasarana fokus kurang  gangguan  MRT, LRT terhenti - Utusan Malaysia

Prasarana fokus kurang  gangguan  MRT, LRT terhenti

Anthony Loke
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGSAR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyasarkan untuk mengurangkan gangguan pengangkutan awam membabitkan transit aliran massa (MRT) dan transit aliran ringan (LRT) sebanyak 35 peratus pada tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, gangguan  yang akan diberi fokus ialah perkhidmatan tren yang terhenti lebih lima minit seperti yang berlaku sebanyak 252 kali sepanjang tahun 2022.

Menurut beliau, gangguan perkhidmatan yang  terhenti kemudian berkurangan kepada 100 kali sepanjang 2023.

“Angka gangguan ini banyak berlaku di laluan Ampang  iaitu  79 gangguan pada tahun 2022 tetapi menurun kepada hanya 19 pada 2023,” katanya di KL Sentral  di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 177 tren baharu akan ditambah di laluan Kajang dan Putrajaya, termasuk LRT laluan Kelana Jaya serta Ampang.

“Sebanyak 1,157 buah bas RapidKL akan ditambah, manakala RapidPenang bakal menerima 252 buah dan RapidKuantan sebanyak 32 buah bas baharu pada tahun ini.

“Namun pengguna pengangkutan awam tidak perlu gusar dengan  keadaan dan kondisi kenderaan tersebut kerana kenderaan yang telah cecah lima tahun tidak akan digunakan. Aspek keselamatan dan keselesaan menjadi keutamaan Prasarana,” kata beliau.

Dalam perkembangan sama, Anthony berkata, pas bulanan (My50) yang diinisiatif kerajaan sejak 2019 meningkat kepada 2,183,960 pengguna pada 2023 dan disasarkan peningkatan sebanyak 19 peratus pengguna MY50 pada tahun ini.

Beliau menjelaskan, sistem pembayaran terbuka yang diimplementasi sekarang ini memudahkan ramai pengguna dan tidak hanya terhad kepada pembayaran menggunakan kad tambah nilai Touch ‘n Go.

“Sistem pembayaran terbuka ini akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 dengan 50 peratus rel kesemua laluan telah digunakan pada tahun ini,” katanya.

Katanya lagi, sebanyak 310 bas berenjin diesel diterima pada suku tahun pertama 2024 dan menjadi perolehan terakhir menggunakan diesel yang kemudian akan digantikan dengan bas janaan elektrik mulai tahun hadapan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya