Polis tahan semula OKT lari dari lokap mahkamah

Polis tahan semula OKT lari dari lokap mahkamah

OKT yang melarikan diri dari lokap Komplekas Mahkamah Pasir Mas, Kelantan berjaya ditahan semula.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Polis berjaya menahan semula seorang lelaki yang merupakan orang kena tahan (OKT) selepas melarikan selama empat jam dari lokap di kompleks Mahkamah Pasir Mas di sini hari ini.

OKT berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 2.30 petang semasa berada di rumah ibu saudaranya di Kampung Kampung Kubang Badak yang terletak kira-kira 5 kilometer dari kompleks mahkamah tersebut.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, kejadian pukul 10.35 pagi itu berlaku semasa proses keluar masuk OKT berada di tahanan lokap Mahkamah Majistret.

Menurutnya, OKT yang ketika itu berada dalam keadaan tidak bergari telah keluar dari sel lokap mahkamah dan terus berlari keluar menuju ke pintu hadapan kompleks berkenaan.

“OKT itu kemudian menghilangkan diri berdekatan rumah pengusaha dodol. Rentetan kejadian itu, Ops Tutup telah dijalankan.

“Pada pukul 2.30 petang, OKT telah berjaya dijumpai dan ditangkap semula di rumah ibu saudaranya,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Kama Azural memberitahu, OKT telah ditahan pada 25 Januari lalu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, hasil semakan mendapati OKT juga merupakan individu yang dikehendaki bersabit kes Seksyen 39C(1) ADB 1952. 

“Hari ini OKT telah dibawa ke Mahkamah Pasir Mas untuk proses pertuduhan di bawah Seksyen 39C(1) ADB 1952.

“Bagaimanapun, semasa berada di tahanan lokap Mahkamah Pasir Mas, OKT telah melarikan diri dari lokap,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya