Polis kesan wanita curi emas RM41,000 - Utusan Malaysia

Polis kesan wanita curi emas RM41,000

POLIS kini sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mencuri barangan kemas bernilai RM41,000 dari sebuah kedai emas di daerah Kuala Pilah minggu lalu.-GAMBAR/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Polis kini sedang mengesan seorang wanita yang disyaki mencuri barangan kemas bernilai RM41,000 dari sebuah kedai emas di daerah ini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Gani berkata, wanita itu disyaki melakukan perbuatan tersebut dalam kejadian kira-kira pukul 4.05 petang, 3 Januari lalu.

Menurut beliau, semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati wanita berkenaan memakai baju berwarna hijau, berseluar hitam, memakai tudung, bercermin mata dan memakai pelitup muka semasa kejadian.

“Wanita berkenaan yang berpura-pura sebagai pelanggan pada mulanya mencuba barang kemas tersebut dan kemudiannya melarikan barang kemas itu.

“Suspek telah melarikan dua utas rantai tangan emas seberat 132.75 gram dan pemilik kedai emas telah mengalami kerugian sebanyak RM 41,085,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujar Amran lagi, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Ridhuan Rosli di nombor telefon 014-6263495 atau 06-4842222 atau ke mana-mana balai polis berhampiran.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya