Polis kesan taktik penipuan guna waran tangkap

Polis kesan taktik penipuan guna ‘waran tangkap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan taktik penipuan ‘waran tangkap’ kononnya dikeluarkan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan yang tular di media sosial.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, pihaknya mengesan ‘waran tangkap’ yang dihantar kepada mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Katanya, ‘waran tangkap’ itu kononnya mengarahkan polis untuk menahan mangsa dalam tempoh 24 jam kerana melakukan kesalahan tertentu.

“Pesalah yang ditahan juga tidak dibenarkan untuk diikat jamin oleh mana-mana pihak termasuk peguam.

“Sindiket berkenaan turut mengugut kononya akan membeku dan menyita aset malah mangsa juga tidak dibenarkan ke luar negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Menurutnya, polis tidak pernah sama sekali menerima waran tangkap atau apa-apa arahan seperti itu daripada mana-mana pihak.

Justeru, orang ramai diminta untuk membuat semakan dengan agensi berkaitan atau balai polis berhampiran atau hubungi CCID Infoline di talian 0132111222 untuk sebarang pertanyaan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, semua pihak diingatkan tidak menuruti sebarang arahan diterima melalui ‘waran tangkap’ berkenaan kerana ia adalah satu penipuan.

“Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada penerimaan sebarang dokumen yang tidak dipastikan kesahihan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya