Polis bongkar penyelewengan minyak diesel milik Petronas - Utusan Malaysia

Polis bongkar penyelewengan minyak diesel milik Petronas

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kegiatan penyelewengan minyak diesel milik Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) terbongkar selepas sembilan individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sabah dan Sarawak, pada 9 hingga 11 Januari lalu.

Penahanan kesemua yang ditahan berusia 32 hingga 61 tahun itu ditahan menerusi operasi khas 1/2024 dijalankan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Papar, Kota Marudu di Sabah serta Miri, Sarawak

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka ditahan terdiri kapten kapal, jurutera perkapalan, anak kapal, ejen penjual dan pembeli minyak.

Kata beliau, turut dirampas sejumlah telefon bimbit pelbagai jenama.

“Berdasarkan siasatan yang dilakukan, kegiatan penyelewengan minyak diesel ini telah berlaku pada awal tahun 2023.

“Dalam kes ini, sebuah kapal marin yang beroperasi dengan pihak Petronas dikesan telah melakukan penjualan minyak diesel milik Petronas tanpa kebenaran,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut, kata beliau, rentetan daripada itu, seorang suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 3, Kota Kinabalu, Sabah dan dituduh di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan pada 16 Januari lalu.

Kata beliau, suspek yang merupakan kapten kapal berusia 60 tahun telah mengaku salah dan dihukum penjara selama 18 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya