Polis akan rakam keterangan penganjur piket Solidariti untuk Palestin - Utusan Malaysia

Polis akan rakam keterangan penganjur piket Solidariti untuk Palestin

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan memanggil penganjur piket  ‘Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin’ di Kedutaan Amerika Syarikat di sini  susulan perhimpunan  solidariti itu dilakukan tanpa permit.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Kita sudah membuka kertas siasatan dan selepas ini akan memanggil pihak penganjur dalam masa terdekat  bagi membantu siasatan.

“Sepanjang piket itu berlangsung, penganjur memberi kerjasama kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Piket anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) bermula Selasa lalu hingga kelmarin membabitkan 48 badan bukan kerajaan (NGO). Piket itu  sebagai respons rakyat Malaysia yang cintakan keamanan susulan serangan Israel ke atas Gaza.

Piket itu antaranya bertujuan menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, segera lakukan gencatan senjata dan mengiktiraf hak rakyat Palestin untuk memiliki  sebuah negara berdaulat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya