PM ucap takziah kepada keluarga Devaki Krishnan  - Utusan Malaysia

PM ucap takziah kepada keluarga Devaki Krishnan 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri  berdukacita dan mengucap takziah kepada keluarga mendiang  Tan Sri Devaki Krishnan di atas pemergian wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia  malam tadi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Devaki adalah insan  penting dalam sejarah perjuangan mengangkat martabat wanita di negara ini. 

“Dalam kepimpinan dan politik, mendiang sanggup mengabadikan hayatnya demi masyarakat.

“Jasa dan pengorbanan mendiang akan dikenang selamanya,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian Devaki Krishnan. 

Berita pemergian mendiang dikongsi cucunya, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan menerusi Facebook awal pagi tadi.

“Kehilangannya pada usia 100 tahun sudah tentu amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga. Kehilangannya tiada ganti. Kenangan bersamanya akan terus abadi. Semoga rohnya diberikan ketenangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya