Petugas HKL maut kemalangan tiga kenderaan di Lipis - Utusan Malaysia

Petugas HKL maut kemalangan tiga kenderaan di Lipis

KERETA Perodua Axia yang dipandu mangsa seorang kaki tangan Hospital Kuala Lumpur terbabit dengan kemalangan dua kenderaan lain di Kilometer 17, Jalan Lipis - Benta berdekatan Taman Jelai, Lipis hari ini. - FOTO/IHSAN IPD LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang petugas Hospital Kuala Lumpur (HKL) meninggal dunia di Hospital Lipis akibat kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di  Kilometer 17, Jalan Lipis – Benta berdekatan Taman Jelai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi hari ini, mangsa, Wan Afinulhikman Wan Hamid berusia 26 tahun beralamat di Gual Periok, Tanah merah, Kelantan memandu kereta Perodua Axia meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Lipis.

Turut mengalami kecederaan, iaitu  pemandu van jenis Toyota Hiace bernombor DCK 7808, Mohd Norazilan Mat Jusoh berusia 40 tahun dari Kampung Telaga Nibong, Jerteh cedera di kepala, manakala Wan Zainun Wan Yusoff berusia 59 seorang guru Guru SMA Maahad Yakob Biah, Bachok merupakan penumpang Proton X50 cedera di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku  lebih kurang pukul 11.30 pagi hari ini apabila kereta yang dipandu mangsa, Wan Afinulhikman datang dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai mangsa yang memandu Perodua Axia hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar dengan van Toyota Hiace di bahagian kanan.  Seterusnya datang kereta jenis Proton X50 dari arah belakang van berkenaan bertembung berhadapan dengan kereta mangsa,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini.

Menurut Azli, akibat kemalangan itu, Wan Afinulhikman dikejarkan ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut dan polis dimaklumkan mangsa meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari semasa menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian apabila pemandu kereta Perodua Axia gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta Proton X50 yang juga pesara guru, Mohd Ruduan Yusoff berusia 62 tahun beralamat Kampung Pauh Lima, Jalan Teratai Pulai, Kota Bharu, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya