KULAI: Kapal terbang peribadi yang membawa Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat meninggalkan Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di sini pada pukul 9 pagi.
Pesawat tersebut akan mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang, Selangor sebelum baginda menuju ke Istana Negara, Kuala Lumpur bagi menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17.
Terdahulu, kenderaan yang membawa baginda berangkat meninggalkan Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada pukul 7.45 pagi dan melalui tujuh ‘check point’ yang disediakan bagi rakyat Johor menyaksikan istiadat bersejarah tersebut. – UTUSAN