PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mendakwa Kerajaan Negeri Perlis tidak hadir dalam mesyuarat di Putrajaya pada 14 November tahun lalu berhubung saluran peruntukan pelancongan untuk negeri itu. Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, ketika itu, exco-exco pembangunan pelancongan negeri-negeri lain hadir dalam mesyuarat berkenaan setelah dijemput, namun Perlis hanya menghantar pegawai MOTAC sebagai wakil. Katanya, pada tahun lalu, sebanyak RM3.5 juta diperuntuk dan disalurkan bagi tujuan promosi pelancongan di Perlis melalui pelbagai acara dan program. “Saya juga sudah berkali-kali menyatakan MOTAC akan bekerjasama rapat dengan setiap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya