HULU TERENGGANU: Persiapan sebuah keluarga di Kampung Kepah, dekat sini untuk mengadakan kenduri kahwin Sabtu ini terbantut apabila rumah mereka dilanda banjir, semalam. Sulong Hasan, 69, berkata, rumahnya dinaiki air kira-kira 0.5 meter sekali gus menyebabkan kerja-kerja pemasangan kanopi dan pelamin bagi perkahwinan anaknya ditangguhkan. Air mula surut awal pagi hari ini, dia sekeluarga sedaya-upaya memerah keringat membersihkan rumah agar segalanya lancar pada hari pernikahan anaknya, Masuze Mohd. Yusof, 39, nanti. “Sepatutnya kerja pemasangan pelamin dan kanopi dilakukan semalam tetapi tidak dapat dilakukan kerana rumah ditenggelami banjir. “Saya sekeluarga hanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya