PETALING JAYA: Pakar-pakar Perlembagaan berpandangan, kerajaan perlu mengemukakan usul meminda Perlembagaan Persekutuan ke Parlimen jika meneruskan hasrat memansuh skim persaraan penjawat awam atau pencen. Sekiranya kerajaan memansuh pencen tanpa meminda Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan, ia dianggap melanggar undang-undang tertinggi negara seperti yang didakwa pembangkang. Bercakap kepada Utusan Malaysia, pakar perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Muhammad Fathi Yusof bagaimanapun berkata, peluang kerajaan merealisasi pemansuhan itu tipis jika majoriti ahli-ahli Parlimen menolak menyokong pindaan itu ketika undian dijalankan. “Kalau kerajaan mahu hapuskan pencen, ia memerlukan pindaan Perlembagaan. Tetapi,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya