Perlu rundingan semula untuk 373 JPKK

Perlu rundingan semula untuk 373 JPKK

AMIRUDIN Shari (dua dari kanan) ketika menyerahkan sumbangan dalam majlis di Kampung Wira Damai hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Proses rundingan semula antara parti perlu dilaksanakan bagi memastikan jawatan 373  Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di Selangor dapat disi.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini kerana setiap parti di bawah kerajaan perpaduan mempunyai tapak dan akar umbi di kawasan luar bandar.

Katanya, beliau kini sedang mengaturkan pertemuan dengan semua wakil daripada Barisan Nasional (BN) dan PH untuk membincangkan perkara tersebut.

“Permohonan untuk jawatan ketua kampung, kita perlu berunding dan berbincang semula sebab selepas tampil 20 tahun di negeri ini, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) ada based sendiri di luar bandar. Cuma isunya, bila kita kena bergerak ke arah memperkukuhkan antara satu sama lain?

“Bagi pandangan saya, semua parti yang terangkum bawah kerajaan perpaduan harus kumpul dan berkembang secara sihat dengan sokongn termasuk memberi peluang kepimpinan di peringkat akar umbi ,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis Karnival Keusahawanan dan Kebudayaan Parlimen Gombak di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, partinya mahu tumpu kepada 373 Pengerusi JPKK.

Dalam pada itu, Amiruddin ketika ditanya tentang status 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) berkata, pihaknya mempertimbangkan untuk mengambil  jawatan tersebut sekiranya UMNO kekal fokus kepada JPKK.

“Saya tidak pasti kalau UMNO mahu 22 kerusi (ahli majlis). Kalau tak nak, kita terpaksa ambil semula.

“Jawatan ahli majlis kita dah ada jawatankuasa dan perlu bincang hasrat sebenar dengan Megat Zulkarnain.Kita pun sudah bincang sebelum ini tapi ada beberapa perkara belum dimuktamadkan

“Hal ini dibincangkan sampai ke tahap tertinggi barisan kepimpinan UMNO, PH , BN dan saya percaya kita akan dapat solusi menang-menang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya