Perkembangan positif jumpa Bella - Kakak - Utusan Malaysia

Perkembangan positif jumpa Bella – Kakak

MISTERI kehilangan Mira Sharmila masih belum terungkai hingga kini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Kakak seorang wanita, Mira Sharmila Samsusah, 34, yang hilang sejak 14 Disember lalu memberi bayangan perkembangan positif dalam kes ‘misteri’ tersebut.

Norisham, 36, dalam catatannya menerusi laman sosial hari ini memaklumkan walaupun Mira Sharmila atau lebih dikenali sebagai Bella masih belum ditemukan, namun siasatan menunjukkan perkembangan positif. 

“Perjuangan hampir selesai,” demikian catatannya dalam aplikasi TikTok hari ini.

Katanya, berdasarkan laporan yang diberikan kepada keluarganya, peluang untuk menemukan kembali Bella adalah tinggi, namun semuanya diserahkan kepada ketentuan Allah. 

“Kami reda dengan sebarang kemungkinan, apa yang penting adalah Bella dapat dikembalikan kepada keluarga sama ada hidup atau mati. 

“Apa sahaja perkembangan akan saya kongsikan kemudian kerana semua kejadian melibatkan adik saya mendapat perhatian semua pihak,” katanya.

Menurut Norisham, selepas 18 hari tanpa jemu bertemu dengan pihak berkaitan yang menyiasat kehilangan adiknya yang mempunyai dua orang anak itu, keluarganya sudah menghampiri jawapan yang dinantikan. 

“Pertemuan akan dilakukan hari ini bagi mengesahkan siasatan, terima kasih kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta orang ramai yang telah banyak membantu mencari kehilangan Bella. 

“Apa yang saya harapkan hanyalah doa daripada semua agar dimudahkan segala urusan bagi mengesan kehilangan adik kerana ibu dan anak-anaknya semakin merinduinya,” katanya. 

Pada 14 Disember lalu, Mira Sharmila dilaporkan hilang selepas dilihat keluar dengan teman lelakinya menggunakan kereta Toyota Vios pada pukul 11.50 malam, namun tidak pulang ke rumah hingga kini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya