Perhimpunan di Istana Negara: Che’gu Bard antara 15 individu diambil keterangan - Utusan Malaysia

Perhimpunan di Istana Negara: Che’gu Bard antara 15 individu diambil keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung  perhimpunan ‘Selamatkan Tanah Air Kita Suara Rakyat Ke Istana Negara’ di pintu dua Istana Negara dekat sini 23 Januari lalu. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan seramai 15 saksi  melibatkan tujuh orang awam dan lapan saksi polis.

Menurut beliau, kenyataan seramai enam lagi saksi awam akan diambil hari ini dan esok sebelum kertas siasatan disiapkan selewat-lewatnya, Rabu ini.

“Kita sudah rakam banyak keterangan saksi, antaranya termasuklah Che’gu Bard (Badrul Hisham Shaharin).

“Bila dah lengkap baru kita rujuk kepada Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 1,000 orang berhimpun di hadapan pintu dua Istana Negara, bagi menyerahkan memorandum yang dipercayai mengandungi pelbagai tuntutan membabitkan isu semasa negara. 

Himpunan tersebut dianjurkan sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), mewakili tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, Allaudeen mengesahkan laporan polis yang dibuat Istana Negara terhadap Che’gu Bard dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Yang itu kita serah pada USJT Bukit Aman untuk siasat. Kami hanya siasat kes yang hanya di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Pemberitahuan Perhimpunan),” katanya – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya