Penyelia perlu kawal anggota polis tangani salah laku - KP KL - Utusan Malaysia

Penyelia perlu kawal anggota polis tangani salah laku – KP KL

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sistem Kawalan Disiplin dan Dadah (SKDD) perlu dipatuhi semua penyelia bagi mengenal pasti sama ada anggota dan pegawai polis bawah seliaan masing-masing  terlibat salah laku.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, sekiranya SKDD dipatuhi, penyelia perlu melaksanakan tanggungjawab melakukan penyeliaan secara bersemuka dengan anggota dan pegawai bawahannya sebulan sekali.

Menurut beliau, penyelia perlu mengenal pasti sama ada anggota atau pegawai yang diselia itu terlibat jenayah, salah laku atau rasuah, mempunyai masalah peribadi atau masalah keluarga.

“SKDD ini sudah digunakan sejak 70-an dan sehingga kini, sistem pengawasan secara dekat ini terus dimantapkan. 

“Sekiranya SKDD dibuat secara berkesan, peluang untuk berlaku salah laku adalah amat tipis dan boleh dikesan dengan lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Kata  Allaudeen, sebagai contoh jika ada anggota atau pegawai terbabit  mempunyai kereta mewah yang diluar kemampuannya atau pendapatan isi rumah, itu adalah tanda-tanda ada unsur ‘ yang perlu disiasat.

“Antara perkara yang saya tegaskan dalam amanat perhimpunan kali ini, adalah tentang penglibatan segelintir anggota (polis) dalam jenayah, kesalahan tatatertib dan juga isu tatakelola yang lemah, ini antara perkara yang saya tekankan.

“Kita tidak akan mengambil enteng perkara ini, dan saya sudah arahkan semua ketua polis daerah dan ketua jabatan untuk ambil tindakan tegas untuk mengelakkan pihak yang segelintir ini terus mencemarkan nama baik pasukan,” jelasnya.

Menurutnya, sekiranya ada anggota polis terbabit salah laku atau jenayah yang membabitkan kepentingan awam, anggota itu berdepan tindakan ditukarkan tempat kerja atau tahan kerja semasa siasatan dilakukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).

“Selepas itu, jika perlu dituduh di mahkamah, kita akan tuduh. Jika perlu ambil tindakan tatatertib, kita akan ambil. Tindakan tegas menanti mereka tanpa mengira pangkat dan kedudukan,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya