Penunggang cuba redah banjir dihanyutkan arus deras

Penunggang cuba redah banjir dihanyutkan arus deras

banjir
ANGGOTA bomba menyelamat seorang penunggang motosikal yang dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah laluan yang dinaiki banjir di Kilometer 34, Jalan Jemaluang-Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERSING: Seorang penunggang motosikal melalui detik cemas apabila dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah laluan yang dinaiki di air banjir Kilometer 34, Jalan Jemaluang-Kota Tinggi hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Arwan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 7.19 pagi sebelum menghantar 10 anggota ke lokasi kejadian. 

“Mangsa adalah seorang lelaki berumur 23 tahun dipercayai telah hanyut ketika melalui jalan yang telah dinaiki air banjir menggunakan motosikal. 

“Mangsa telah dibawa arus deras dan telah hanyut sejauh tujuh meter pada kedalaman air 1.5 meter. 

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menggunakan tali untuk menarik mangsa ke kawasan selamat. Mangsa dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Mersing dalam satu kenyataan dalam media sosial memaklumkan terdapat dua laluan yang ditutup untuk kenderaan ringan selepas dinaiki air hingga pukul 10 pagi tadi.

Laluan itu ialah Jalan Johor Bahru-Kuantan berhampiran Jambatan Sungai Ambat yang dinaiki air sedalam 0.2 meter serta berarus deras.

Laluan kedua adalah Jalan Johor Bahru-Endau berhampiran Batu Gabion Tasek Kecil yang dinaiki air sedalam 0.2 meter.

Para pengguna diminta menggunakan laluan alternatif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya