Pensyarah universiti, pengurus ditahan SPRM

Pensyarah universiti, pengurus ditahan SPRM

KEDUA-dua suspek dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan hari ini-IHSAN SPRM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pensyarah universiti awam dan pengurus sebuah syarikat direman selama lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula hari ini.

Tahanan reman itu susulan kedua-dua individu berkenaan dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan kredit berjumlah RM2 juta.

Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Mohamad Hafizul Awang selepa SPRM mengemukakan permohonan itu di Mahkamah Majistret Kota Bharu, pagi tadi.

Menurut sumber kedua-dua suspek itu ditahan pada pukul 2.30 petang semalam semasa hadir ke Ibu Pejabat SPRM Kelantan untuk diambil keterangan.

“Kedua-dua suspek yang berjawatan Pengarah dan Pengurus di sebuah syarikat yang sama disyaki telah mengemukakan dokumen yang mengandungi butiran matan palsu kepada sebuah anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

“Dokumen mengandungi butiran matan palsu ini bertujuan untuk mendapatkan kemudahan kredit berjumlah kira-kira RM2 juta bagi pembelian lembu pedaging,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kedua-dua suspek bersama seorang lagi individu.

Katanya, bagaimanapun individu tersebut kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya