Peniaga rugi RM5 juta premis terbakar

Peniaga rugi RM5 juta premis terbakar

KEADAAN premis yang terbakar di Kampung Manal, Jalan Jedok, Tanah Merah, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang ahli perniagaan kerugian lebih RM5 juta apabila lima buah premis miliknya yang menjual motosikal terpakai, alat ganti dan stor musnah dalam kebakaran di Kampung Manal, Jalan Jedok di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, 12 orang pekerja di premis terbabit sempat menyelamatkan 40 daripada 48 buah motosikal  terpakai selepas menyedari ada kebakaran tercetus dari bahagian stor.

Mangsa, Teo Shi Jie, 27, berkata, dia menerima panggilan berkait kebakaran itu pada pukul 9.45 pagi semasa rumahnya di Kampung Belimbing.

“Pekerja saya memaklumkan bahawa kebakaran itu bermula dari sebuah stor yang menempatkan kotak-kotak dan alat ganti motosikal.

“Melihat api mula marak, mereka terus mengeluarkan 40 buah motosikal terpakai dari premis,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Shi Jie memberitahu, semasa kejadian pekerjanya telah berusaha memadam kebakaran tersebut namun gagal kerana api merebak terlalu cepat.

Katanya, kereta jenis Honda Civic Ferio miliknya turut terbakar dalam kejadian itu.

“Kejadian itu menyebabka saya kerugian lebih RM5 juta melibatkan motosikal yang terbakar, pelbagai alat ganti termasuk bangunan premis,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon II Kelantan, Penguasa Bomba Mohd. Sham Kamaruddin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 9.36 pagi sebelum seramai 31 orang anggota bersama tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, bomba pada awalnya mengalami masalah bekalan air,  tetapi ia berjaya diatasi sebelum mengambil masa kira-kira 40 minit untuk memadam kebakaran.

“Api cepat merebak susulan banyak menyimpan bahan mudah terbakar contohnya kotak. Kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran,” katanya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya