Peniaga pasar malam menang cabutan BSN SSP RM1j

Peniaga pasar malam menang cabutan BSN SSP RM1j

MUSLIM Chatib Nawar (depan, tiga dari kanan) menerima plak hadiah cabutan kemenangan RM1 juta yang diraih menerusi Cabutan Bonanza BSN SSP di kediamannya di Kampung Dagang, Jalan Santan, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang peniaga pasar malam meraih durian runtuh apabila berjaya membawa pulang ganjaran RM1 juta melalui Cabutan Bonanza Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi bulan Disember 2023.

Selain itu, Muslim Chatib Nawar, 62, turut meraih hadiah kereta mewah BMW X5 menerusi cabutan berkenaan.

Menurut Muslim, dia mula membeli SSP sejak 1990 dan cabutan kemenangan yang diraihnya pada kali ini adalah bagi sijil untuk 1999.

“Alhamdulillah, saya sendiri pun tidak menyangka hasil simpanan dilakukan selama ini telah memberikan pulangan kepada saya menerusi cabutan BSN SSP pada kali ini,” katanya selepas majlis penyerahan hadiah kemenangan tersebut di rumahnya di Kampung Dagang, Jalan Santan di sini, hari ini.

Muslim menjadi salah seorang daripada 95 jutawan BSN SSP untuk tahun 2023 selepas ia mula diperkenalkan pada 1978 dan telah berada dalam pasaran selama 46 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya