Peniaga kosmetik jatuh jambatan ditemukan lemas

Peniaga kosmetik jatuh jambatan ditemukan lemas

MAYAT mangsa dibawa oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis di selepas tiba di jeti Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan malam tadi.-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Mayat yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Suri, di sini petang semalam disahkan seorang peniaga kosmetik yang terjatuh ke Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong kira-kira dua minggu lalu.

Pengesahan tesebut dibuat oleh isteri kepada lelaki itu selepas membuat pengecaman seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh mangsa, Norhisyam Ismail, 43, sebelum kejadian.

Seorang saksi, Mohd. Faiza Ibrahim, 44, berkata, dia mengetahui ada mayat terdampar di pantai itu selepas dihubungi oleh rakannya yang sedang memancing di kawasan berkenaan kira-kira pukul 6 petang.

Menurutnya, rakannya yang berusia dalam lingkungan 30-an ketika itu sedang mencari bekas untuk menimba air dari dalam perahunya sebelum terhidu bau busuk.

“Dia kemudiannya menjejaki bau busuk itu sebelum terjumpa mayat seorang terdampar di pesisir Pantai Suri.

“Selepas menghubungi talian kecemasan, saya membawa polis dan salah seorang ahli keluarga mangsa untuk membuat pengecaman,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di lokasi kejadian malam tadi.

Mohd. Faiza memberitahu, seorang wanita mengesahkan mayat itu merupakan suaminya selepas melihat seluar dan tali pinggang yang dipakai oleh mangsa sebelum kejadian.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jeti Kuala Besar di sini dengan bot bomba.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Che Mazlan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.08 malam.

Katanya, seramai empat anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dengan sebuah bot untuk mengambil mayat yang ditemui terdampar di pesisir Pantai Suri.

“Mayat mangsa dibawa melalui Jeti Kuala Besar sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang peniaga produk kosmetik sempat menghubungi bapa mentuanya agar datang mengambil keretanya yang rosak sebelum dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Ismail Petra, di sini.

Abang kepada mangsa, Sukardi Ismail, 47, berkata, adiknya, Norhisyam Ismail, 43, berpesan kepada bapa mentuanya untuk datang mengambil kereta jenis Mercedes Benz E250 CGI kerana ia mengalami kerosakan semasa berada di atas jambatan tersebut

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya