BESUT: Pengusaha pusat cuci kenderaan di Kampung Bukit Keluang di sini terpaksa membeli air daripada penduduk di daerah ini yang tidak terlibat dengan gangguan bekalan bagi memastikan perkhidmatan itu tetap dapat beroperasi. Raja Norsahifah Raja Hussin, 28, berkata, dia membeli air antara enam hingga lapan tong air berisi padu 270 liter setiap hari untuk menampung keperluannya yang menyediakan perkhidmatan cuci kenderaan. Menurutnya, usaha itu diambil untuk meneruskan perniagaan tersebut kerana tidak mempunyai sumber pendapatan lain bagi membayar sewa kedai dan gaji pekerja. Bagaimanapun, katanya, jumlah kereta yang dicuci perlu dihadkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya