Pengurus Koperasi Felcra Jaya Putera Jerantut maut kemalangan - Utusan Malaysia

Pengurus Koperasi Felcra Jaya Putera Jerantut maut kemalangan

ANGGOTA bomba sedang mengeluarkan mangsa daripada kereta Perodua Kembara yang terbabit kemalangan di Jalan Jerantut-Temerloh berdekatan Masjid Kampung Kelebang, Kerdau di Temerloh, Pahang. - FOTO/IHSAN IPD TEMERLOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang wanita yang juga Pengurus Koperasi Felcra Jaya Putera Jerantut maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Jerantut-Temerloh berdekatan Masjid Kampung Kelebang, Kerdau di sini.

Dalam kejadian pukul 9.55 pagi hari ini, mangsa, Hamidah Ismail, 61, yang memandu kereta Perodua Kembara meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan mendapati, kemalangan itu dipercayai berlaku ketika kereta dipandu mangsa dari arah Jerantut menghala ke Temerloh.

“Setiba di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah jip jenis Inokom Santa dari arah Temerloh.

“Akibat kemalangan ini, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Menurut Mazlan, pemandu jip Inokom, Santa Fe, 45, hanya mengalami kecederaan ringan di kaki.

“Bedah siasat akan dijalankan selepas ujian saringan Covid-19 diperoleh, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya