Pengasuh kepada bayi digigit direman empat hari - Utusan Malaysia

Pengasuh kepada bayi digigit direman empat hari

KESAN gigitan pada badan seorang bayi berusia enam dipercayai digigit oleh anak pengasuhnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Pengasuh kepada seorang bayi yang terdapat kesan koyakan pada badannya kerana disyaki digigit oleh anaknya ditahan reman selama empat hari hingga 18 Januari ini. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Bahrain Mohd. Noh berkata, percakapan wanita  berusia 30 tahun itu telah diambil kira-kira pukul 10 malam tadi untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

“Rabu lalu, polis menerima laporan daripada ibu bayi lelaki berusia enam bulan yang mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh yang berusia tiga tahun pada pukul 5.30 petang. 

“Susulan itu, pengasuh yang juga wanita warga tempatan berusia 30 tahun yang tinggal di Taman Puteri Emas di sini diambil rakaman percakapannya malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Sebelum itu, pendedahan ibu bayi dalam laman sosial Facebook semalam menjadi tular.

Menurutnya kejadian itu adalah pada ari pertama bayinya dihantar ke rumah pengasuh berkenaan dan mempunyai lebih lapan kesan gigitan sehingga terkoyaknya.

Selain itu, seorang lagi anak lelakinya pula didakwa dilempang sehingga trauma. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya