Pengarah syarikat rugi RM12 juta ditipu pelaburan kripto - Utusan Malaysia

Pengarah syarikat rugi RM12 juta ditipu pelaburan kripto

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pengarah sebuah syarikat pengurusan di Selangor rugi RM12 juta akibat terpedaya dengan penipuan pelaburan mata wang kripto.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 43 tahun itu yang mendakwa telah berkenalan dengan seorang lelaki di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya dekat sini pada 2022.

Menurit beliau, suspek berusia 46 tahun itu mempelawa mangsa menyertai pelaburan mata wang kripto ‘CCDG’ dengan menjanjikan pulangan keuntungan sehingga 50 peratus dalam tempoh dua bulan.

“Justeru, mangsa dipercayai menjadi ejen pelaburan itu bersama empat warga China telah melaburkan wang Dolar Amerika Syarikat 2.7 juta (RM12 juta).

“Bayaran dibuat melalui e-wallet kripto kepada beberapa akaun tempatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Ramli, mangsa tidak mendapat pulangan dijanjikan sehingga Oktober tahun lalu.

Malah, mangsa mendapati wang pelaburan itu telah dipindahkan kepada e-wallet peribadi suspek.

“Mangsa berasakan ditipu dan membuat laporan poli semalam di Ibu pejabat Polis Daerah Sepang. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Kita sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti individu terlibat,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat.

“Kita minta masyarakat jangan terdesak dan untuk memperoleh keuntungan berlipat ganda,” ujar beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya