KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit filem, Mentega Terbang dibenar oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk mencabar keputusan kerajaan mengharamkan filem kontroversi itu.
Filem tersebut pada mulanya ditayangkan secara dalam talian dan dikritik ramai pihak kerana memaparkan beberapa babak dianggap bertentangan ajaran dan kepercayaan Islam.
Hakim Datuk Amarjeet Singh membenarkan Mohd. Khairianwar Jailani, 32, (pengarah) dan Tan Meng Kheng, 37, memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan mengharamkan filem itu pada 1 September 2023.
\Hakim Amarjeet kemudian menetapkan pengurusan kes pada 14 Februari ini manakala tarikh pendengaran semakan kehakiman akan ditetapkan kemudian. – UTUSAN