Penganjur piket solidariti Palestin dipanggil minggu ini

Penganjur piket solidariti Palestin dipanggil minggu ini

ALLAUDEEN ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan memanggil penganjur piket solidariti Palestin, Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara untuk diambil keterangan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, ia susulan penganjuran piket dilakukan tanpa permit.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. Kita sedang uruskan untuk memanggil pihak penganjur dalam minggu ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Piket anjuran Sekretariat Solidariti Palestin itu bermula 26 Disember hingga Ahad lalu membabitkan 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Solidariti itu sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan serta mendesak gencatan senjata dilaksanakan segera. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya