Peneroka harap harga sawit kekal stabil, meningkat pada 2024 - Utusan Malaysia

Peneroka harap harga sawit kekal stabil, meningkat pada 2024

RAZAK DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Felda diharap terus fokus kepada meningkatkan perolehan dan perkhidmatannya bagi membantu membangunkan taraf hidup dan sosio ekonomi lebih 100,000 warga peneroka pada tahun baru 2024 ini.

Pengerusi Biro Sosial Gabungan Ketua-Ketua Peneroka Felda Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, peneroka berharap agar harga kelapa sawit RM800 satu metrik tan ketika ini kekal atau meningkat melebihi RM1,200.

“Jika harga itu dapat dikekalkan dan terus meningkat, barulah peneroka di seluruh negara berasa kehidupan terjamin terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi akibat ketidaktentuan ekonomi dunia.

“Ini harapan kita pada 2024 ini agar kerajaan dapat menstabilkan harga komoditi itu dan pasti peneroka dapat menarik nafas lega apabila harga komoditi berkenaan stabil dan meningkat,” katanya di sini hari ini.

Razak yang juga Ketua Peneroka Felda Jengka 24 berkata, Felda banyak membantu warga peneroka melalui pelbagai kemudahan dengan menyediakan peruntukan dan pinjaman untuk aktiviti ekonomi tambahan pertanian dan ternakan dalam Program Pembangunan Peneroka.

Beliau berkata, untuk tahun ini, peneroka berharap Felda meneruskan agenda untuk generasi kedua tanah rancangan itu membuat projek ternakan, pertanian atau lain-lain bidang bagi menjana pendapatan.

“Ia boleh diberikan menerusi pemberian geran atau pinjaman oleh pihak kerajaan kepada kepada generasi kedua Felda,” katanya.

Dalam pada itu beliau berharap kerajaan dapat mengembalikan bonus produktiviti atau duit raya kepada peneroka Felda menjelang Hari Raya Aidilfitri yang dihentikan sejak 2019.

Menurutnya, peneroka Felda sudah lima tahun tidak dapat duit raya sebagai mana dinikmati sebelum ini.

“Peneroka Felda mahu bonus sebagai hadiah penghargaan kerajaan dan Felda kepada peneroka kerana titik peluh peneroka adalah penyumbang penting ekonomi negara.

“Melalui hasil sawit peneroka yang diniagakan, Felda mendapat keuntungan setiap tahun. Diharap pada tahun ini, Felda dan kerajaan mengkaji semula tentang duit raya yang dahulunya menjadi kegembiraan warga peneroka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya