Penduduk kumpul RM1,000 tampal jalan berluang akibat banjir

Penduduk kumpul RM1,000 tampal jalan berluang akibat banjir

PENDUDUK kampung bergotong-royong menampal jalan yang berlubang di  laluan Kuala Jambu-Teluk Jering di Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Penduduk berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM1,000 dan bergotong-royong menampal jalan di Kampung Kuala Jambu-Teluk Jering yang rosak akibat bencana banjir baru-baru ini.

Inisiatif itu diambil bagi memberikan keselesaan kepada lebih 500 pengguna laluan tersebut selain mengelakkan berlaku kemalangan terutama pada waktu malam.

Seorang penduduk Syaharudin Mohd. Nor, 47, berkata, usaha  jangka pendek yang dilakukan oleh mereka selepas mendapati terdapat 30 lubang di sepanjang lalaun tersebut.

Menurutnya, kerja-kerja menampal laluan berlubang itu menggunakan campuran simen, batu dan pasir.

“Sebelum ini ada penduduk yang mengalami kecederaan selepas terjatuh ke dalam jalan yang berlubang itu. Jadi sebelum situasi menjadi lebih parah, kami mengambil pendekatan dengan menampal laluan itu.

“Diharapkan usaha ini mampu membantu pengguna sebelum pihak berkenaan mengambil langkah penyelesaian jangka panjang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Syaharudin memberitahu, gotong-royong itu melibatkan penduduk dari Kampung Kubang Sawa dan Kuala Jambu.

Seorang lagi penduduk, Kamaruddin Abu Bakar,52, berkata, setiap tahun laluan ini akan mengalami kerosakan selepas ditenggelami banjir.

Katanya, kebiasaan penduduk akan menampal laluan berlubang itu sendiri menggunakan tanah dan pasir yang diisi ke dalam guni bagi menutupnya.

“Walaupun usaha ini hanya mampu bertahan selama tiga bukan, namun saya percaya ia sedikit sebanyak memberi keselesaan penduduk untuk menggunakannya.

“Saya amat berharap jalan ini dibaiki segera kerana ia merupakan laluan utama penduduk,” ujarnya.

Tambahnya, pada waktu malam laluan ini sangat berbahaya kerana ia gelap sekali gus menyukarkan pengguna untuk mengagak permukaannya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya