Penduduk gotong-royong hias tokong 100 tahun

Penduduk gotong-royong hias tokong 100 tahun

PENDUDUK bergotong-royong menghias Tokong Kuan Tai Meow yang berusia lebih 100 tahun di Bandar Lama, Gua Musang, Kelantan semalam. - UTUSAN/ AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Tokong Kuan Tai Meow yang berusia lebih 100 tahun di Bandar Lama di sini mula dihias dengan pelbagai perhiasan menarik bagi menghidupkan suasana Tahun Baharu Cina, minggu depan.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Keceriaan Tokong Kuan Tai Meow, Liew Koon Yan, 54, berkata, rumah ibadat itu mula dihias secara bergotong-royong sejak beberapa minggu lalu oleh penduduk setempat pelbagai etnik yang beragama Buddha dan Taoist.

Katanya, pelbagai hiasan dipamerkan seperti bunga mei hua, tanglung, tulisan kaligrafi, pokok limau hiasan dan payung sempena Tahun Baharu Cina kali ini.

“Kebiasaannya persiapan perlu dilakukan awal memandangkan kami perlu mengenal pasti keperluan untuk menggunakan atau menggantikan perhiasan sedia ada. 

“Kita akan memilih dan membersihkan tanglung dan bunga mei hua sedia ada untuk digunakan semula dan menyiapkan tulisan kaligrafi untuk diletakkan di pintu dan dinding tokong,” katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Lama, semalam.

Koon Yan memberitahu, setiap dekorasi hiasan yang dipamerkan sempena tahun naga membawa pelbagai maksud baik. 

Menurutnya, sebagai contoh, payung merupakan simbolik kepada doa untuk melindungi dan memberi kebaikan kepada setiap keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya