PUTRAJAYA: Trend pendaftaran untuk sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka melonjak setelah pelan subsidi bersasar diumumkan Perdana Menteri tidak lama lagi.
Keyakinan itu disuarakan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang memberikan bayangan pelaksanaan subsidi tersebut kemungkinan besar dapat diwujudkan pada suku kedua tahun ini.
“Insya-Allah, saya optimis sejurus Perdana Menteri umum mekanisme penyasaran subsidi, ramai akan mulalah berebut-rebut mahu daftar PADU,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau memaklumkan hanya sejumlah 1,291,459 individu berumur 18 tahun ke atas yang sudah pun mendaftar dalam sistem berkenaan setakat pukul 4 petang hari ini. – UTUSAN