Pemuda ditahan buat aksi ‘Superman’ di LPT1 - Utusan Malaysia

Pemuda ditahan buat aksi ‘Superman’ di LPT1

TANGKAP layar klip video memaparkan aksi seorang lelaki menunggang motosikal ala ‘Superman’ di kilometer 160 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan di Maran, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seorang lelaki ditahan setelah klip video memaparkan aksinya menunggang motosikal ala ‘Superman’ di kilometer 160 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan di sini tular di media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Norzamri Abd. Rahman berkata, lelaki berusia 20 tahun itu ditahan di Felda Jengka 23 di sini semalam.

“Aksi Superman lelaki itu tular setelah klip videonya dimuatnaik di aplikasi media sosial, Tiktok oleh pemilik akaun @Al_Afifi yang memaparkan aksi seorang penunggang motosikal meniarap di atas motosikal (Superman) jenis Yamaha Y15 ZR.

“Lelaki itu kemudiannya ditahan di Felda Jengka 23 sebelum diserahkan kepada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan (BSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Maran untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

SUSPEK dan motosikalnya ditahan kerana menunggang motosikal ala ‘Superman’ di kilometer 160 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah Kuantan di Maran, Pahang. – GAMBAR IHSAN PDRM MARAN

Menerusi klip video berdurasi kira-kira 20 saat itu, penunggang motosikal jenis Yamaha Y15 itu dilihat melakukan aksi ala Superman dengan gelagatnya dirakam individu lain.

Mengulas lanjut, Norzamri berkata, semakan lanjut mendapati penunggang motosikal terbabit tidak mempunyai rekod lampau dan ujian saringan air kencing terhadapnya juga didapati negatif dadah.

“Suspek dan motosikal ditahan untuk tindakan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan denda antara RM5,000 hingga RM15,000,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya