Pemimpin pembangkang Bangladesh dikehendaki kes bunuh belum dihantar pulang - Utusan Malaysia

Pemimpin pembangkang Bangladesh dikehendaki kes bunuh belum dihantar pulang

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Pemimpin pembangkang Bangladesh, MA Quayum  yang dikehendaki negara itu tidak akan dihantar pulang   sehingga mendapat keputusan mahkamah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau sudah menghubungi peguam Quayum mengenai perkembangan terbaharu itu.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) patuh, akur dan menghormati keputusan mahkamah itu.

“Sehingga mahkamah buat keputusan, JIM tidak akan hantar Quayum pulang ke Bangladesh,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

JIM hari ini memberi persetujuan kepada permohonan dikemukakan di mahkamah untuk tidak mengusir Quayum.

Persetujuan JIM itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melalui akujanji diberikan wakil dari Jabatan Undang-undang JIM, timbalan pendakwa raya Nor Amalina Ismail.

Mahkamah membenarkan permohonan itu (penangguhan) dan menetapkan 5 April ini untuk pendengaran permohonan habeas corpus.

Pemimpin Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) berusia 63 tahun itu dikehendaki di negaranya selepas dituduh membunuh pekerja bantuan Itali, Cesare Tavella.

Mengikut lapaoran, Tavella, 50, ditembak mati penyerang bermotosikal pada September 2015 ketika berjoging di kawasan diplomatik Dhaka, ibu negara Bangladesh.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin berkata, buat masa ini, Quayum masih berada di negara ini dan ditempatkan di Depoh Imigresen Semenyih.

“Ketika mula ditangkap, keadaan kesihatannya tidak begitu baik jadi saya arahkan JIM untuk keluarkan dari lokap dan letakkan di Depoh Imigresen Semenyih,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya