Pemerkasaan keusahawanan libat murid pendidikan khas di SMK Seri Jementah - Utusan Malaysia

Pemerkasaan keusahawanan libat murid pendidikan khas di SMK Seri Jementah

MAJLIS penutup yang dihadiri oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Rosli Puteh (empat dari kanan) dan pensyarah-pensyarah UiTM Cawangan Johor, guru dan murid dari SMK Seri Jementah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FAKULTI Pengurusan dan Perniagaan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor, Kampus Segamat mengambil inisiatif melaksanakan Projek Celik Pemasaran dan Keusahawanan kepada 25 pelajar dalam Program Pendidikan Khas Inklusif (PPKI) di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jementah, baru-baru ini.

Terdapat empat siri program di bawah projek ini iaitu Bengkel Asas Pemasaran kepada pelajar-pelajar di makmal komputer sekolah, Bengkel Membuat Kek dan Brownies di Kolej Komuniti IOI Segamat, Karnival Jualan di dalam kampus UiTM Cawangan Johor, dan majlis perasmian penutup yang dihadiri oleh pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Segamat.

Murid-murid Pendidikan Khas ini diberi pendedahan kepada asas dan tip untuk menjadi usahawan dan memasarkan produk. Mereka juga berpeluang menghadiri kursus pembuatan kek dan brownies bagi meningkatkan kemahiran dalam menghasilkan produk pastri.

Kemuncak projek ini adalah para peserta berpeluang untuk menjual sendiri produk hasil air tangan mereka kepada warga UiTM Cawangan Johor, kampus Segamat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya