Bella dipercayai dibunuh kerana cemburu, sakit hati

Bella dipercayai dibunuh kerana cemburu, sakit hati

bella
RAZARUDIN Husain (tengah) menyampaikan sijil penghargaan dan kad persaraan kepada Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat yang bersara pada hujung bulan ini di IPK Johor, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kes pembunuhan seorang ibu tunggal, Mila Sharmilah Samsusah, 32, dipercayai bermotifkan cemburu dan sakit hati terhadap mangsa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain@Abd. Rasid berkata, siasatan yang dijalankan memberi bayangan jenayah itu menjurus ke arah motif tersebut.

Katanya, siasatan menyeluruh yang dijalankan berjaya menemukan rangka manusia tidak sempurna di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Jumaat lalu. 

“Kes bunuh ini mesti mempunyai motif dan daripada motif itulah kita akan memulakan dan dapat bayangan siasatan kita. Jadi inilah motif yang kita dapat tahu menerusi siasatan dibuat.

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, kita dapati ia dipercayai berpunca akibat cemburu dan sakit hati. Suspek utama kes ini juga telah dituduh pada pagi ini di Mahkamah Majistret Batu Pahat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor, Timbalan Ketua Polis Johor dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Ibu tunggal yang dikenali sebagai Bella yang dilaporkan hilang sejak 14 Disember tahun lalu disahkan meninggal dunia selepas penemuan rangka manusia, Jumaat lalu. 

Bella dilaporkan hilang selepas keluar ke kedai dobi bersama-sama teman lelakinya.

Semalam, Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan rangka yang ditemukan itu adalah Bella hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibuat.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, laporan forensik yang diterima menunjukkan punca kematian mangsa adalah akibat kesan hentakan di kepala menggunakan objek tumpul.

Ditanya tentang dakwaan mangsa bunuh mengandung, beliau berkata, perkara itu tidak disahkan dan perlu menunggu laporan bedah siasat secara menyeluruh.

“Ini kerana kita jumpa rangka sahaja, perkara itu tidak dapat disahkan. Sama ada mangsa mengandung atau tidak, itu atas ‘post mortem’. Hasil laporan bedah siasat menyeluruh akan menentukannya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya