KOTA KINABALU: Wanita berusia 80-an akhirnya boleh memohon mendapatkan kad pengenalan dengan pembukaan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Kalabakan. Masalah kewangan dan jarak perjalanan sehingga 90 kilometer dari Kalabakan ke bandar Tawau antara punca menyebabkan wanita tersebut menangguhkan hasrat membuat Mykad. Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, beliau lega apabila isu dokumentasi penduduk dapat diselesaikan dengan pembukaan JPN Kalabakan sejak 1 Disember lalu. Beliau berkata, sebelum ini penduduk terpaksa berbelanja RM100 atau lebih untuk kos tambang ke bandar Tawau apabila perlu berurusan di JPN mahupun di jabatan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya